Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan untuk Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBGP) masih berlangsung rancak di Blok E12 dan Blok E2 Parcel E, Putrajaya.
Bagi sesiapa yang memohon, harap semak betul-betul sama ada anda terpilih untuk temuduga ini. Jangan ada nanti yang terlepas. Pada yang telah terpilih ke temuduga, sila pastikan telah membuat segala persiapan yang perlu dan mengetahui tempat dan tarikh yang betul untuk menghadirinya.
Pada yang telah ditemuduga, atau yang akan ditemuduga, moga berjaya.
Begitu juga dengan temuduga untuk kelayakan Biasiswa Perguruan Ijazah Pertama yang juga baru bermula minggu ini di IPTA tertentu.... selamat berjaya.
Pesanan untuk calon HLP, Harap mematuhi segala arahan di tempat temuduga sepanjang berada di tempat menunggu. Tidak dibenarkan membawa anak-anak yang mungkin akan berlari-lari dan membuat bising sepanjang di tempat menunggu. Begitu juga, calon-calon diminta ingat untuk merendahkan suara, agar kawasan temuduga akan kekal tenteram sehingga ke orang terakhir ditemuduga.
Selain dari itu, tidak akan dibenarkan menggunakan kemudahan letrik untuk caj komputer riba misalnya atau meminta pihak urusetia membuatkan salinan dokumen yang calon perlukan. Segala persediaan perlu disediakan sebelum datang ke tempat temuduga. Ini adalah masalah yang biasanya berlaku setiap kali temuduga. Sebab itulah kami meminta agar segala persediaan dibuat awal penyemakan perlu dilakukan dengan teliti agar tidak ada yang akan tertinggal atau terlupa.
Pada petugas/urusetia, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dikongsi.
SELAMAT DATANG
MUKA DEPAN / TERKINI
Tentang saya /Disclaimer:
Saya bukan kakitangan di Bah. Tajaan ini lagi. Cuma akan terus beri maklumat terkini terutama mengenai cuti belajar yang saya panjangkan dari laman web KPM. Saya tidak akan bertanggungjawab atas info yang saya perolehi dari KPM ini.
MOHON TUKAR GURU ONLINE
Tentang saya /Disclaimer:
Saya bukan kakitangan di Bah. Tajaan ini lagi. Cuma akan terus beri maklumat terkini terutama mengenai cuti belajar yang saya panjangkan dari laman web KPM. Saya tidak akan bertanggungjawab atas info yang saya perolehi dari KPM ini.
Sila hubungi pihak yang berkaitan untuk sebarang pertanyaan.
NO. TEL. KAUNTER BAHAGIAN TAJAAN DI CYBERJAYA :
03-83217100
No Faks:
03-83217101
- WM
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)
(UNTUK PERMOHONAN GURU KPLI DLL)
STATUS TAWARAN CUTI BELAJAR
DIREKTORI TELEFON KPM
MOHON TUKAR GURU ONLINE
TAWARAN BIASISWA TERKINI UNTUK GURU / BAKAL GURU
Blog Archive
-
▼
2009
(73)
-
▼
April
(10)
- Surat Pergerakan Gaji Tahun 2009
- Peta Parcel E
- Temuduga HLP /Biasiswa Perguruan
- Kepimpinan Baru di Kementerian Pelajaran
- SYARAT ASAS UNTUK MOHON CUTI BELAJAR
- Hari Bertemu Pelanggan KPM, April 2009
- HLP separuh masa
- 17th Conference of Commonwealth Education Minister...
- Implikasi Cuti Belajar
- SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA BAGI CALON BIASISWA HAD...
-
▼
April
(10)
BORANG-BORANG CUTI BELAJAR/MAKLUMAT CUTI BELAJAR
- # Borang Permohonan Pelanjutan- Baru
- # Borang Permohonan Cuti Belajar-Baru
- # Senarai IPTS Malaysia
- # Senarai IPTA Malaysia
- # Tiket Kapal terbang
- # BORANG PENILAIAN PRESTASI
- # Garis Panduan CutiBelajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
- Borang Laporan Prestasi (salinan dari web KPM)
- # Perlukah dapatkan tempat d Universiti sblm mohon HLP?
- # Peta Parcel E
- # Pekeliling Implikasi Cuti Belajar
4/21/2009 12:44:00 AM
Labels: temuduga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


18 comments:
bilakah keputusan akan diumumkan? perlu tak saya memohon tempat di universiti dahulu?
saya juga telah menghadiri temuduga semalam. Penemuduga suruh saya mohon tempat di U dulu. Bila akan diumumkan keputusan?
Keputusan 'mungkin' akan keluar pada penghujung bulan Mei. Harap semak dari masa ke semasa, jangan sampai terlepas pula terutamanya jika anda mungkin diluluskan biasiswa ini.
Tidak perlu memohon tempat di Universiti dulu, jika telah dapat biasiswa,barulah mohon. Tapi tidak salah jika mahu mohon dahulu. Cuma dikhuatiri 'tidak dapat' biasiswa dan anda pula tidak mampu menanggung segi perbelanjaan dan masa untuk belajar kelak.
Moga anda berjaya.
thanx a lot.
Assalamualaikum tuan..
saya merayu dan meminta jasa baik pihak tuan untuk sekali lagi menimbang permohonan temuduga HLP 2009 yang lalu. Sebagai maklumat pihak tuan, ini merupakan permohonan kali kedua saya memohon HLP selepas gagal pada temuduga pertama tahun lepas. Segala jasa baik pihak puan membantu pencinta ilmu Allah nescaya diganjariNya dan saya dahului jutaan terima kasih. wassalam.
err...maaf. Yang ni saya tk dapat nak tolong. Sebab bukan saya yang membuat keputusan.
Moga Encik/puan/cik Anonymous akan berjaya.
Terima kasih
saya dh terlepas tarikh temuduga..lupa nk bukak internet utk check...macam mana ye..apa yang ditanya semasa temuduga?
salam Anonymous,
kalau dah terlepas, kami tidak dapat membantu...cuma saya cadangkan, mohonlah untuk tahun depan pula...dan sekiranya telah memohon, rajin-rajinlah masuk ke laman web KPM atau di sini pun boleh...untuk menyemak sama ada telah diumumkan keputusannya atau belum...takut terlepas lagi.
Soalan temuduga??? hehehhe...maaf, saya terketawa dengan sopannya...
Soalan bergantung kepada panel penemuduga...tk dapat diagak...tapi yang standardnya? Mesti yang berkaitan dengan permohonan..atau..aper juga yg panel teragak nak tanya...ok..:) selamat mencuba lagi pada yang terlepas itu.
saya dah menghadiri temuduga dan banyak soalan saya tak dpt jawab dgn baik. Saya pemeriksa SPM, juga sbg Ketua pasukan sains PMR, pentaksir kawasan PEKA sains, penulis buku teks dan baru-baru ni dapat Guru Cemerlang. Adakah peluang saya dapat biasiswa ni tinggi, walaupun saya kemungkinan gagal dlm tumuduga?
assalamualaikum WM,
Nak dptkan sedikit penjelasan, bagaimana sekiranya di tawarkan biasiswa utk dlm negara tetapi ingin menukar kepada biasiswa luar negara, adakah boleh membuat rayuan utk penukaran tsbt? Tq
Encik/puan/Cik Tan,
Maaf, penilaian dibuat antaranya melalui temuduga. Peluang untuk dapat, tidak dapat saya tentukan. Bergantung pada panel pemilih kelak. Semoga tuan/puan/cik Tan berjaya.
Anonymous,
Tahniah kerana berjaya mendapat biasiswa itu. Sekiranya tuan/puan/cik telah mendapat tawaran biasiswa dalam negara, maka tidak boleh menukar untuk keluar negara.
Harap maklum.
Salam,
Untuk tahun ni, intervensi bagi yang berjaya akan diadakan pada bulan Jun ke? Sebabnya, kemasukkan semester 1 bagi kebanyakkan IPTA pada bulan Jun-Julai. So, kalau intervensi awal, mungkin sempat dapat masuk semester Jun-Julai. Tahun lepas ramai yang kena masuk semester Disember sebab tak sempat, termasuklah saya. Harapnya tahun ni sempat la ye. Anyway terima kasih kepada B. Tajaan sebab dah mempercepatkan tarikh temuduga dan keputusan temuduga, mungkin jugak sebab nak membolehkan calon tahun ni masuk semester Jun kot.
ya..insyaAllah intervensi akan diadakan pada bulan JUn.. Untuk menyempatkan calon2 penerima biasiswa yg telah mendapat tawaran universitu mendaftar masuk sem 1..
dan dijangkakan keputusan temuduga akan dikeluarkan sebelum itu ..(penghujung MEi...)
terima kasih jua.
asslamualaikum? saya ingin meminta penerangan dari pihak tuan, semasa sesi temuduga , pihak penemuduga menyatakan sekiranya saya mendapat tawaran biasiswa tersebut, meminta saya membuat PHD di luar negara disebabkan tuntutan tajuk proposal yang saya hasilkan. Walaubagaimanapun saya meminta agar diberi peluang dalam negara. Adakah ini boleh menjejaskan peluang saya untuk mendapatkan biasiswa tersebut?
Saya adalah bakal guru yang akan berkhidmat pada tahun depan (2010). Saya telah melengkapkan ijazah pertama sains pendidikan saya di UM pada ogos tahun ini (2009). Untuk maklumam, saya adalah pegangan biasiswa KPM untuk ijazah pertama. Saya ada beberapa soalan:
1. Sekarang, saya amat berminat untuk melanjutkan postgraduate study saya sama ada di dalam dan di luar negara. Luar negara diutamakan kerana saya ingin mengalami sistem pendidikan di luar negara sebelum saya mulakan dunia pekerjaan saya di Malaysia. Adakah kemungkinan saya untuk melewatan perkhidmatan saya atau biasiswa yang ditawarkan oleh kpm untuk bakal-bakal guru seperti saya untuk lanjutkan perkhidmatan kontrak lepas? kerana saya perlu berkhidmat 4 tahun dahulu mengikut kontrak lepas.
2. Bagi HLP, adakah universiti luar negara ditawarkan mengikut rekod-rekod tahun-tahun lepas?
3. Biasanya, biasisiwa untuk lanjutkan pelajaran oleh KPM selepas ijazah pertama adakah tertakluk kepada bidang pendidikan sahaja?
Dengar-engar umur max dinaikkan semula dari 40 ke 43 tahun untuk phd. Betul ke? Terima kasih.
ya..betul.
SALAM...utk CBBPTB yg baru diiklankan,adakah tetap mengekalkan syarat yg sama spt HLP yg menawarkan CBBP dgn biasiswa?adakah semasa temuduga,calon tetap diwajibkan membuat proposal?hrp dpt beri penerangan ttg proposal yg mmbuatkn calon 'meremang bulu roma' nk sediakan...
Post a Comment