Untuk menjawab pertanyaan bertarikh May 8, 2009 7:54 PM
Salam,
Saya ada cadangan, itu pun kalau boleh dilakukan didalam blog ni. Boleh tak pihak tuan/puan masukkan, kelayakkan tuntutan yang boleh dibuat oleh calon yang mendapat tajaan. Walaupun maklumat ini telah dibekalkan semasa intervensi, tetapi masih ada banyak kekeliruan dikalangan pemegang biasiswa. Sebagai contoh, untuk tesis, boleh claim RM1,500 setelah selesai kajian. Tapi ada pula yang kata, akan dibayar secara pukal, contohnya RM6,000 untuk disertation yang lebih dari 12 jam kredit.
Satu yang saya kurang pasti lagi salinan tesis perlu diserahkan kepada Bahagian Tajaan atau EPRD? Terima kasih.
Jawapan
Setelah membuat pertanyaan dan rujukan pada pegawai berkaitan, saya telah difahamkan bahawa jumlah tuntutan Elaun tesis bagi pengajian peringkat master/sarjana yang dibayar adalah RM1500 dan syarat jam kredit adalah 6 jam kredit ke atas.
Manakala bagi pengajian peringkat pHd pula, bayaran elaun yang diberikan pada pemegang biasiswa HLP adalah RM6,000.
Salinan tesis pula hanya satu sahaja yang diperlukan, dihantar kepada pihak Bahagian Tajaan setelah lengkap...dan pihak kami pula akan menghantarnya kelak ke EPRD.
(jawapan lebih detail tentang elaun tesis, boleh cuba hubungi En. Zuraidi di talian 03-88847129 [Peringkat Master]
atau cik Salmah di talian 03-88847007 [peringkat phD])
Sekian.
Soalan ke 2 May 8, 2009 7:59 PM
Saya ada satu lagi pertanyaan. Daripada maklumat yang saya dengar daripada kawan, pemegang biasiswa hanya perlu memohon kelulusan untuk melakukan kajian ke EPRD sekiranya kajian akan dilakukan di sekolah atau berkaitan KPM. Tetapi kalau kajian berkenaan tidak berkaitan dengan sekolah atau KPM, tidak perlu. Contohnya bagi kajian yang melibatkan pure content based yang dibuat di fakulti selain daripada Fakulti Pendidikan? Adakah maklumat ini tepat? Terima kasih.
Jawapan Pegawai BT
Tak berapa pasti tapi lebih baik jika semua kajian diminta kebenaran dari EPRD.
Sekian
Maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dikongsi.
SELAMAT DATANG
MUKA DEPAN / TERKINI
Tentang saya /Disclaimer:
Saya bukan kakitangan di Bah. Tajaan ini lagi. Cuma akan terus beri maklumat terkini terutama mengenai cuti belajar yang saya panjangkan dari laman web KPM. Saya tidak akan bertanggungjawab atas info yang saya perolehi dari KPM ini.
MOHON TUKAR GURU ONLINE
Tentang saya /Disclaimer:
Saya bukan kakitangan di Bah. Tajaan ini lagi. Cuma akan terus beri maklumat terkini terutama mengenai cuti belajar yang saya panjangkan dari laman web KPM. Saya tidak akan bertanggungjawab atas info yang saya perolehi dari KPM ini.
Sila hubungi pihak yang berkaitan untuk sebarang pertanyaan.
NO. TEL. KAUNTER BAHAGIAN TAJAAN DI CYBERJAYA :
03-83217100
No Faks:
03-83217101
- WM
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)
(UNTUK PERMOHONAN GURU KPLI DLL)
STATUS TAWARAN CUTI BELAJAR
DIREKTORI TELEFON KPM
MOHON TUKAR GURU ONLINE
TAWARAN BIASISWA TERKINI UNTUK GURU / BAKAL GURU
BORANG-BORANG CUTI BELAJAR/MAKLUMAT CUTI BELAJAR
- # Borang Permohonan Pelanjutan- Baru
- # Borang Permohonan Cuti Belajar-Baru
- # Senarai IPTS Malaysia
- # Senarai IPTA Malaysia
- # Tiket Kapal terbang
- # BORANG PENILAIAN PRESTASI
- # Garis Panduan CutiBelajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
- Borang Laporan Prestasi (salinan dari web KPM)
- # Perlukah dapatkan tempat d Universiti sblm mohon HLP?
- # Peta Parcel E
- # Pekeliling Implikasi Cuti Belajar
5/11/2009 10:33:00 PM
Labels: tesis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Assalamualaikum,
sya salah sorg penerima BKPM sesi 2007/2008. Sya ingin tahu adakah tuntutan elaun praktikal dan tesis bagi ijazah pertama telah dimansuhkan? ini kerana sya telah memohon eleun tersebut pada tahun 2008 selepas tamat praktikal tetapi tidak mendapat apa2 berita sehingga sekarang. untuk pengetahuan tuan, sya dah tamat study pada mei 2009.
1)Adakah pegawai yang sedang cuti belajar mengikut pasangan juga terikat kepada perkara yang tersebut di atas?
2) Bagaimana untuk memohon kelulusan daripada EPRD dan berapa lama masa yang diperlukan bagi urusan kelulusan?
3) Layakkah pegawai yang berkursus di luar negara dengan taraf yang dinyatakan tadi mendapat sebarang bantuan daripada segi tambang balik ke Malaysia untuk menjalankan kajian?
Post a Comment