MAKLUMAN PENTING

KEPUTUSAN HLP & CBBP TB BOLEH DISEMAK SEKARANG MULAI 30 OKTOBER 2015.

6.10.09

Permohonan Tawaran Kursus Jangka Sederhana dan Jangka Panjang/Biasiswa Daripada Kementerian/Jabatan Selain KPM atau Kerajaan Asing

Dimaklumkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin memohon tawaran biasiswa sepertimana yang diiklankan oleh Kementerian/Jabatan selain KPM contohnya tawaran kursus daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),Kerajaan Asing contohnya Bureau Of Educational And Cultural Affairs Of United Stated Department Of State (International Research And Exchanges Board) hendaklah mengikut prosedur seperti berikut:

# PPP hendaklah mengisi borang KPM (LDP) 1/2003 pindaan 2005, Borang Permohonan Kursus Jangka Panjang Dengan Kemudahan Cuti Belajar (Borang yang sama diguna pakai untuk Kursus Jangka Sederhana)

# Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

# Bahagian Tajaan Pendidikan akan memanjangkan permohonan yang layak kepada Kementerian/Jabatan/ agensi yang berkaitan.



Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, Sila hubungi Puan Zalina binti Morad di talian 03-8884 7119 atau Puan Aishah Hassan di talian 03-8884 7650.


Borang Permohonan Cuti Belajar kpmldp 1/2003 pindaan 2005


Info asal di laman web KPM

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya ada cadangan kepada pihak BTKPM, tapi tak tau la boleh dilaksanakan atau tidak. Cadangan saya boleh tak BT muatkan kat blog ni ke, senarai jabatan, unit, ipg atau agensi bawah KPM yg ada kekosongan jawatan. Ini supaya penerima biasiswa yang dah selesai pengajian, boleh tengok ke mana yang sesuai untuk re-posting nanti. Ia juga sebagai pendorong semangat utk habis cepat belajar ;). Tq.
-nizam ukm -

lupekanje said...

Cadangan tidak diterima. Itu bukan urusan Bahagian Tajaan. Dalam senarai tu, tak termasukpun hendakkan senarai sekolah yang ada kekosongan kan...macam tk suka nk balik ke sekolah sahaja.

Kalau boleh, nak taja orang yang betul2 mahu belajar yang bukan berniat untuk larikan diri dari sekolah. Melainkan mereka yg ditawarkan.