MAKLUMAN PENTING

SALAM MAULIDURRASUL ..MARILAH PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

10/15/2009 04:36:00 PM

SYARAT-SYARAT ASAS CUTI BELAJAR

Soalan paling kerap ditanyakan...

Mungkin ada yang tk jumpa ketika mencari maklumat ini... OK..saya terus paste / tampalkan di sini... Lepas ni kalau nak cari, hanya taipkan syarat di ruangan pencarian di blog ini. Mudah kan!


Syarat Asas Permohonan Cuti Belajar

a) Warganegara Malaysia

b) Syarat had umur adalah mengikut peringkat pengajian dan jenis cuti belajar sehingga perubahan yg akan dimaklumkan jika ada. Iaitu 40 tahun ke bawah bagi peringkat sarjana dan kedoktoran (sepenuh masa)

c) Kursus yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

d) Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun terkini berturut-turut

e) Telah disahkan dalam jawatan Skim Perkhidmatan sekarang

f) Telah berkhidmat terus menerus tidak kurang daripada 3 tahun selepas lantikan pertama

g) Bebas dari pertuduhan dan tindakan tataterib atau kes mahkamah

h) Telah diluluskan Pengisytiharan Harta bagi tempoh lima tahun sebelum mula Cuti Belajar

i) Disokong oleh Ketua Jabatan

j) Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi seperti KPM, JPA, PTPTN, MARA, Kerajaan Negeri dan lain-lain

k) Telah menyempurnakan sekurang-kurang separuh daripada ikatan Perjanjian berkhidmat dengan Kementerian

l) Belum pernah diluluskan cuti belajar di peringkat pengajian yang sama tanpa mengira bidang kursus

m) Mengikuti dan lulus Kursus Kenegaraan sebelum bertolak ke luar negara dan Lulus Tapisan Keselamatan (Bagi Pegawai yang akan mengikuti pengajian di universiti luar negara).



Untuk lebih lengkap, download file document berkaitan di sini.


Entry tentang persoalan ini ada

di http://btkpm.blogspot.com/2009/04/syarat-asas-untuk-mohon-cuti-belajar.html

Atas tajuk

SYARAT ASAS UNTUK MOHON CUTI BELAJAR

yang telah di post kan pada 4/09/2009 06:51:00 PM .

Harap tuan/puan dapat membaca dengan teliti dan jika tiada maklumat yang diperlukan di situ, sila hubungi kami di Bahagian Tajaan di nombor 03-88847181 (kaunter).



7 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya ingin bertanya, untuk penilaian prestasi 2009, bila agaknya pemegang biasiswa kena isi dan hantar ke BT? Sebabnya, saya tengok kawan-kawan saya ditempat lama dah mula isi borang SKT 2009. Borangnya memang dalam version English sahaja ke, walaupun untuk HLP dalam negara? Kalau English version saja, adakah ini bermaksud kena isi dalam English juga borang berkenaan? Borang ni perlu dihantar melalui Fakulti saya ke B. Tajaan atau saya boleh hantar sendiri selepas dapat pengesahan daripada supervisor? Kalau nak hantar melalui Fakulti, saya risau tak sampai ke BT saja nanti. Terima kasih.
- HLP08 -

lupekanje said...

salam kembali..
Hantar ke bhgn Tajaan pada pertengahan Januari tahun akan dtg..

Borang nya memang dalam bahasa Inggeris samada kepada student dalam atau luar negera.

Cikgu pilih la yg mana dirasakan selamat, utk penghantaran. Kalau dekat, hantar byhand je la...sbb kalu minta pihak/org lain hantar, takut miss place atau tercicir...

sekian.

Anonymous said...

Lupekanje, terima kasih atas makluman.
-HLP08-

Tauseefa said...

Terima kasih kerana mewujudkan blog yg sgt berinformasi ini.

Saya seorang bekas pelajar TESL tajaan Bah Biasiswa KPM dan kini sudah berkhidmat selama 2 tahun (ini tahun ke-3) di sekolah kebangsaan dan disyaratkan bekerja selama 4 tahun dengan KPM atau membayar ganti rugi andai tidak habis tempoh tersebut.

Saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Amerika Syarikat dalam bidang sarjana (pasangan saya bekerja di sana) selepas habis kontrak (Jan 2012).

Saya ingin mengetahui adakah boleh saya meminta cuti belajar sebelum selesai tempoh kontrak perkhidmatan saya, ataupun saya perlu menunggu sehingga habis kontrak baru boleh memohon cuti belajar. Bagaimanakah status kontrak saya dengan KPM? Dianggap tergendala dan disambung semula selepas tamat belajar, atau bagaimana?

Selain itu, bolehkah tuan menjelaskan cuti belajar yang bagaimana yg layak saya mohon (tanpa/separuh/sepenuh gaji) kerana saya kurang faham dan tidak pasti. Adakah jenis cuti ini ditentukan oleh KPM atau saya boleh memintah cuti yg diingini?

Terima kasih di atas respon tuan. Harap dapat terima jawapan berkaitan perkara di atas.

lupekanje said...

Saya ingin mengetahui adakah boleh saya meminta cuti belajar sebelum selesai tempoh kontrak perkhidmatan saya, ataupun saya perlu menunggu sehingga habis kontrak baru boleh memohon cuti belajar. Bagaimanakah status kontrak saya dengan KPM? Dianggap tergendala dan disambung semula selepas tamat belajar, atau bagaimana?

Syarat2 tawaran cuti belajar kami biasanya memerlukan tempoh perkhidmatan melebihi 3 tahun. Ttg ikatan kontrak, bgi kami, seseorg PPP yg terikat dgn kontrak, sekurang2nya perlu mlepasi setengah dari kontrak tersebut. Tapi ianya bergantung kepada keputusan pihak atasan. yang penting, perlu berkhidmat melebihi 3 tahun.

Selain itu, bolehkah tuan menjelaskan cuti belajar yang bagaimana yg layak saya mohon (tanpa/separuh/sepenuh gaji) kerana saya kurang faham dan tidak pasti. Adakah jenis cuti ini ditentukan oleh KPM atau saya boleh memintah cuti yg diingini?
Cikgu blh mohon cuti belajar yang ditawarkan. Setakat ini, Cuti Belajar Tanpa Gaji masih blh dipohon di luar waktu tawaran, blh mohon bila2 masa, mengikut syarat yg telah ditetapkan. cuti belajar yang lain, perlu tunggu apabila ditawarkan..atau apabila ada penaja yang menawarkan yg kami iklankan di laman web. Kalau dahulu, ada Spouse Program, iaitu cuti belajar tanpa gaji separa biasiswa mengikut pasangan. Tapi utk tahun 2010 ini program tersebut telah ditangguhkan. Sekiranya perlukan penerangan lanjut, boleh hubungi 03-88847650. .

Tauseefa said...

Terima kasih atas respon.

Ada satu soalan lagi, andai ketua jabatan (guru besar/pengetua) tidak meluluskan atau tidak bersetuju dengan permohonan cuti belajar saya, adakah ini akan menyebabkan permohonan saya tidak berjaya? Atau kelulusan adalah dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri/KPM?

Terima kasih, maaf banyak soalan. Harap dapat bantu.

lupekanje said...

mungkin......
kalau bawah program yg saya tolong uruskan, tanpa sokongan Pengetua atau pengesahan dari Jabatan, maka permohonan itu tidak akan diluluskan.
Sokongan dari majikan/ketua jabatan adalah penting juga.
Cuma CBBP ni saya tk pasti pulak...cuba telefon kaunter 03-88847181 yg akan sambungkan anda kepada pegawai yg boleh menjawabnya.