MAKLUMAN PENTING

SALAM MAULIDURRASUL ..MARILAH PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

11/25/2009 01:32:00 AM

Cuti Hari Raya

Untuk makluman semua, sekiranya mahu menghubungi pihak kami , sila dail nombor 03-88847181 - kaunter, memandangkan ramai pegawai dan kakitangan yang telah memulakan cuti Hari Raya Aidil Adha..sehingga minggu hadapan.

Saya mewakili Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

kepada semua pengunjung beragama Islam.

11/19/2009 01:47:00 AM

Penghantaran borang dan SABK

Soalan dari kotak Comment... untuk dijawab oleh pegawai program:

1.

anakrusa said...

Salam…

Saya penerima HLP 2009 peringkat Kedoktoran. Saya perlu confirmkan maklumat yang saya dapati

Versi 1:
Versi ini saya dapati dari 2 orang rakan yang menerima HLP 2009 peringkat kedoktoran.Seorang dari Pahang dan seorang dari Kedah.

Saya perlu mendaftar di universiti sebelum 15 Dis 2009 dan perlu menghantar borang-borang yang perlu ke Bahagian Tajaan sebelum 15 Disember 2009 untuk diproses bagi mengelakkan AP58A.

Versi 2:
Versi ini saya dapati dari Pn Noor Azimah Bajuri apabila saya menelefon beliau pada 17 Nov 2009 pada jam 3:30 petang.

Saya perlu menghantar borang-borang yang perlu ke Bahagian Tajaan sebelum 15 Disember 2009 untuk diproses bagi mengelakkan AP58A walaupun saya belum mendaftar . Surat tawaran boleh dihantar kemudian dan maklumat tentang pendaftaran boleh diberikan kemudian. Ini kerana pendaftaran university bagi Semester Disember hanya bermula pada 23 Dis 2009 bagi UKM dan 28 Dis 2009 bagi UM.

Mohon penjelasan.
Terima Kasih.

November 18, 2009 10:00 AM

JAWAPAN

Salam Anak rusa,

Ikut jawapan seperti yang diberikan oleh Pn. Norazimah Bajuri.... Slip pendaftaran perlu diserahkan segera kepada Bahagian Tajaan sebaik sahaja membuat pendaftaran di Universiti kelak..



Soalan dari Shoutbox:


1.

ckg jon

sy mengajar di SABK. bole x sy mohon HLP sarjana?


2.

Guest

Saya dah 40 tahun. akan tamat degree dlm pendidikan khas akhir tahun ni. adakah ada peluang saya untuk sambung ke sarjana????

9:27 am 12/11/09

JAWAPAN 1

ckg Jon

SABK -Sekolah Agama BUkan Kerajaan ?.... hmmm...tidak boleh rasanya... nnt saya tanyakan pegawai.... Bagaimanapun, tahun ini tiada tawaran HLP lagi.


JAWAPAN 2

InsyaAllah ada peluang. Tapi lihat pada jenis cuti belajar atau program yang cikgu pohon. Program di sini bermaksud, seperti Hadiah Latihan Persekutuan atau Program Tajaan Kerajaan Asing dll...

Cikgu juga perlu memenuhi syarat2 yang dikehendaki. Sekiranya cikgu ada ikatan kontrak bercuti belajar sebelum ini, perlu lalui tempoh kontrak yang dimaklumkan seperti dalam perjanjian.

11/18/2009 12:02:00 PM

TIKET KAPALTERBANG PPP YG CUTI BELAJAR

Adalah dimaklumkan bahawa peruntukkan bagi kemudahan tiket kapal terbang untuk Guru-guru yang Cuti Belajar (Cuti Belajar Gaji Penuh Dengan Biasiswa) Luar Negara, adalah hanya untuk pasangan dan 3 orang anak sahaja.


Sekian dimaklumkan.

11/12/2009 10:20:00 AM

Bayaran Ganti Rugi

Soalan 1 :
salam.saya bekas pelajar TESL yg akan disahkan jawatan tidak lama lagi. jika saya ingin bertukar skim perkhidmatan awam dari DG41 ke M41 (PTD).berapa gantirugi yg perlu saya byr kpd KPM?\adakah saya perlu menulis surat kpd KP Pelajaran utk mendapat pelepasan dari membayar gantirugi.terima kasih


Apple hijau merah
November 12, 2009 12:18 AM


Jawapan:
Apple hijau merah,
salam.. Untuk masalah ini, kena hubungi Cawangan Penguatkuasa Bahagian Tajaan di Blok E2. Nanti saya berikan nama orang yang boleh dihubungi dan talian telefonnya.

Sila hubungi Cik Nor Azdeany Norazimi : 03-88849327


Soalan 2:
Saya dah dapat Biasiswa HLP KPM 2009. Boleh saya dapatkan alamat email En Shariman untuk tujuan pertanyaan mengenai bidang penyelidikan yang ditetapkan

Ummi Jannah
November 12, 2009 5:20 AM


Jawapan:
Ummi Jannah, Email address En. Shahriman: shahriman.akadir@moe.gov.my
Beliau adalah Ketua Penolong Setiausaha kami.Sebaiknya, hubungi pegawai program, Tapi nak tahu, cikgu ni HLP peringkat sarjana atau Phd?Apa-apa halpun..telefon kaunter kami di 0388847181 dan minta sambungkan ke pegawai program HLP Sarjana atau Phd untuk pertanyaan sedemikian.

November 12, 2009 6:56 AM

11/11/2009 03:49:00 AM

KENA BLOCK LAGIK SHOUT BOX

KPM blok semula shout box. Jadi..kalu ada yg bertanya....sok sok la saya jawab. Dah lupa pulak soalan yang saya baca malam tadi kat shout box ni... boleh tulis kat komen box ni tak?

Soalan:

nur said...
salam. saya nak dapatkan maklumat senarai kursus pjj (degree) yang dibenarkan kpm. thanks :)
November 11, 2009 1:04 PM



Jawapan:

salam nur,ada banyak kursus kalu saya nak taipkan di sini. Antara yang tidak diluluskan adalah kursus IT..Universiti yang dibenarkan adalah OUM sahaja..selain dri itu kena tanya pada Bahagian Pendidikan Guru. Untuk lebih lanjut, sila telefon no. 03-88847121 - cik Shahrul Husna.

Terima kasih.
November 11, 2009 3:46 PM

11/10/2009 08:52:00 AM

Kejayaan Guru HLP - Salam dari Colorado....

MOHD ROZI (kanan) bersama rakan felo dari AS dan India di CSU.


Oleh Basir Zahrombasir@bharian.com.my


PELAJAR ijazah doktor falsafah (PhD) di Colorado State University (CSU), Colorado, Amerika Syarikat (AS), Mohd Rozi Ismail, muncul Melayu pertama dilantik sebagai Felo International Presidential universiti itu, baru-baru ini. Pencalonannya dibuat Dekan Fakulti Pendidikan CSU, Lorrie A Shepard, untuk mewakili fakulti, sekali gus Malaysia dalam organisasi Felo International Presidential yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu itu. Beliau dipilih menjadi felo organisasi itu bersama lima pelajar dari AS, India (tiga) dan masing-masing seorang dari Kanada, Jamaica, Maxico, Ghana, Ukraine, Iraq, Iran, Mongolia, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Itali, Ethiopia, Uganda, Rwanda, Jordan dan Vietnam.

“Pemilihan akhir dilakukan dekan setiap jabatan, termasuk Naib Provos Hubungan Antarabangsa, James A Cooney dengan memilih 25 pelajar PhD dan sarjana bagi menyertai barisan felo ini. “Naib Presiden Penyelidikan CSU, Peter Dorhout dalam ucapannya meminta wakil bidang kepakaran dan negara masing-masing membuat rangkaian perbincangan antarabangsa yang menyentuh isu semasa serta yang dapat dimanfaatkan masyarakat. “Saya akan hal kemasyarakatan dan masa depan dunia dengan semua wakil negara yang menganggotai felo ini,” katanya kepada Berita Harian.


Mohd Rozi berkata, barisan felo itu disediakan pelbagai program ekslusif formal dan tidak formal selama setahun menganggotai organisasi berkenaan. Sebagai wakil Malaysia, beliau berjanji memanfaatkan peluang itu bukan saja untuk membantu proses pembelajarannya di sana, malah mengharumkan nama negara. Walaupun berasal daripada keluarga sederhana di Kuala Krai, Kelantan dan arwah bapanya cuma bekas pemandu polis, manakala ibu pula penjual nasi lemak, beliau bertekad menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Menceritakan usahanya, Mohd Rozi berkata, selepas tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada 1992, beliau mengajar tiga tahun setengah di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Mempaga 2 dan SK Lebu, Bentong, Pahang.

Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan Bahasa di Daito Bunka University, Saitama Ken, Jepun hingga 2000 sebelum berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan. “Saya menyambung pengajian peringkat sarjana secara separuh masa dalam bidang Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaya pada 2005. “Pada 2007, saya ditawarkan menjadi pensyarah di Institut Perguruan Kota Bharu dan tahun lalu menyambung pengajian PhD di sini bersama sembilan rakan lain. Kami kumpulan pertama menerima biasiswa Kementerian Pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke AS ,” katanya.

11/06/2009 09:03:00 AM

Pertukaran Pegawai

Makluman. 3 orang Pegawai Eksekutif di Bahagian Tajaan telah mendapat kenaikan pangkat dan telah ditukarkan ke Bahagian lain. Mereka adalah:

1. Puan Azizah Bahrum - yg sebelum ini menguruskan tentang Prestasi dan Program SPADA
Semua urusan tentang laporan prestasi atau Program SPADA boleh hubungi puan norhazren di talian 03-88847126 atau Pn. Normawani di talian 03-88847133


2. Puan Noor Azimah Bajuri - yg menguruskan HLP peringkat PhD
Hubungi Cik Shima di talian 88847004

3. Cik Nor Azimah Abas - yg menguruskan program PKPG, Saluran Ke2, CBTG, Pendidikan Khas
Hubungi Cik Nurul di talian 88847116

Talian ke kaunter pertanyaan di 03-88847181