Mungkin akan payah untuk menghubungi kami hari ini. Ada yang bercuti, ada yang membuat kerja2 sperti bayaran dan lain2 yang perlu diselesaikan seblum tahun baru menjengok esok....
ada yang dipanggil menghadiri taklimat Sistem baru yang akan digunakan untuk tahun hadapan.
Jadi, apa2 hal, boleh hubungi kaunter kami di 03-88847181 dan tinggalkan pesanan anda.
Kesulitan anda amat kami kesali.
Maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dikongsi.
SELAMAT DATANG
Tentang saya /Disclaimer:
Saya bukan kakitangan di Bah. Tajaan ini lagi. Cuma akan terus beri maklumat terkini terutama mengenai cuti belajar yang saya panjangkan dari laman web KPM. Saya tidak akan bertanggungjawab atas info yang saya perolehi dari KPM ini.
Sila hubungi pihak yang berkaitan untuk sebarang pertanyaan.
NO. TEL. KAUNTER BAHAGIAN TAJAAN DI CYBERJAYA :
03-83217100
No Faks:
03-83217101
- WM
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)
(UNTUK PERMOHONAN GURU KPLI DLL)
STATUS TAWARAN CUTI BELAJAR
DIREKTORI TELEFON KPM
MOHON TUKAR GURU ONLINE
TAWARAN BIASISWA TERKINI UNTUK GURU / BAKAL GURU
Blog Archive
BORANG-BORANG CUTI BELAJAR/MAKLUMAT CUTI BELAJAR
- # Borang Permohonan Pelanjutan- Baru
- # Borang Permohonan Cuti Belajar-Baru
- # Senarai IPTS Malaysia
- # Senarai IPTA Malaysia
- # Tiket Kapal terbang
- # BORANG PENILAIAN PRESTASI
- # Garis Panduan CutiBelajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
- Borang Laporan Prestasi (salinan dari web KPM)
- # Perlukah dapatkan tempat d Universiti sblm mohon HLP?
- # Peta Parcel E
- # Pekeliling Implikasi Cuti Belajar
Labels: makluman
Sila layari laman web KPM di sini;
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=492
Atau terus ke laman web Institut Aminuddin Baki .
Labels: cuti belajar
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan pengumuman rasmi tentang penangguhan program latihan untuk guru-guru di Malaysia.
Boleh lihat di sini:
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=475
Labels: cuti belajar, makluman
Tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun Peringkat Sarjana Pegawai Perkhidmatan Pendidikan - Special Program for International Students in Education, Hiroshima University
Tempat di Graduate School Of Education, Hiroshima University
Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=474
Pastikan anda layak untuk memohon cuti belajar dahulu sebelum memohon.
Tawaran ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Borang-borang utk di download:
LAMPIRAN A
BORANG_KPM_LDP_1_2003_PINDAAN_2005
BORANG_LDP_1B_96
BORANG_PENGESAHAN_KURSUS_LUAR_NEGARA
APPLICATION_FORM
PROGRAM_INFORMATION
ACADEMIC_STAFF_LIST
Labels: Jepun
soalan dari cikgu pkpg
salam bila suarat siaran permohoan penempatan setelah tamat belajar akan kluar selalaunya pada setiap 15 nov tapi tahun ni still tk de apa2 lagi?
Jawapan:
Surat siaran permohonan penempatan? tak jelas. Borang penempatan sentiasa ada di laman web KPM untuk di download. Sila telefon Cik Nurul di talian 03-88847116 untuk pertanyaan lanjut.
Ada satu soalan yang dah agak lama, yg saya terlupa nak jawab.. jadi saya jawab kat sini je lah ye.. maaf.
1. Soalan dari Anonymous bertarikh: November 28, 2009 2:46 PM
Assalamualaikum,
sya salah sorg penerima BKPM sesi 2007/2008. Sya ingin tahu adakah tuntutan elaun praktikal dan tesis bagi ijazah pertama telah dimansuhkan? ini kerana sya telah memohon eleun tersebut pada tahun 2008 selepas tamat praktikal tetapi tidak mendapat apa2 berita sehingga sekarang. untuk pengetahuan tuan, sya dah tamat study pada mei 2009.
November 28, 2009 2:46 PM
Jawapan:
Menurut pegawai yang berkaitan (Pn Rohaya), tuntutan elaun praktikal dan tesis bagi Ijazah pertama tidak dimansukhkan.
Mereka yang tidak menerima bayaran, berkemungkinan telah lewat menghantar permohonan tuntutan tersebut (melebihi dari tarikh yang telah ditetapkan).
2. Soalan dari Anonymous (boleh tak bagi nama apa2..?? Dol ke...Piah ke... apa2 pun tk pe... senang saya rujuk jawapan nnt...) bertarikh December 3, 2009 10:03 AM
1)Adakah pegawai yang sedang cuti belajar mengikut pasangan juga terikat kepada perkara yang tersebut di atas?
2) Bagaimana untuk memohon kelulusan daripada EPRD dan berapa lama masa yang diperlukan bagi urusan kelulusan?
3) Layakkah pegawai yang berkursus di luar negara dengan taraf yang dinyatakan tadi mendapat sebarang bantuan daripada segi tambang balik ke Malaysia untuk menjalankan kajian?
Jawapan:
1) Soalan merujuk pada kenyataan pada entry di http://btkpm.blogspot.com/2009/05/tuntutan-tesis-master-phd.html
Ye, sama juga. Sila rujuk kepada memorandum yang diberikan bersama surat kelulusan tuan/puan yang ada memberitahu tentang tuntutan tesis... Untuk lebih tepat (sbb saya tidak begitu mahir tentang persoalan pembayaran) sila hubungi puan zalina di talian 88847119. Beliau sangat sibuk sekarang, mklumlah, penghujung tahun, saya tidak sempat bertanya dengan lebih lanjut.
2) Kelulusan dari EPRD ini bergantung kepada kecekapan pegawai dari EPRD yang mengambil tindakan... errr..bukan kecekapan, tpi kekangan kerja mereka, ataupun kehadiran mereka. Sekiranya terlalu sibuk di dalam atau luar pejabat, atau bercuti, maka lewat lah mendapat kelulusan. Begitu juga sekiranya kursus itu ada masalah, terpaksa rujuk sana sini.... contohnya sesuatu tajuk research yang tidak berkaitan dengan sistem pendidikan di sini,..maka tentunya mengambil sedikit masa utk diberikan jawapan. So, jawapan untuk soalan ini adalah fleksibel... tiada jawapan yang tepat blh diberikan.
3) Tidak layak. Kecuali yang mengambil peringkat Phd... (mungkin ada keterangan lanjut, blh hubungi Pn. Zalina untuk pertanyaan... atau email beliau di zalina.morad@moe.gov.my)
Labels: bayaran
Ini antara soalan yang di terima melalui Shout box blog ini. Maaf sebab ada soalan yg lewat saya jawab.. err...saya telupa.. *boleh pulak... huhu... s
Soalan 1
azmi : salam , nak mintak borang A..(mengurangkan 75% kadar pinjaman )
Pinjaman ke?
Cuba buka laman web http://www.moe.gov.my cari link ke E Payment. Saya mudahkan lagi, kalau tak mau buang masa cari, klik kat sini.... http://www.moe.gov.my/ssb/senarai_borang.php
Borang ni kot??? :) Sila telefon 03-8884 7051 (Pn Noliza) untuk pertanyaan lanjut.
Soalan 2IP: UM tawarkan 15 kredit krj kursus dn 40 kredit desertasi. Trlalu byk ke kredit tu?
WM...tlog..tlog jwb mslh kredit di UM. Kalu ade masalah kredit kt UM, bole ke tukar bidang lain di unvrsiti lain?55 kredit byk tu. kalu bole BT dpt discuss dg UM mgenai jumlah kredit kalu kami tidak bole tkr bidang di U lain.
tima kasih byk2 WM.. anda byk membantu kami dlm blog nie. sy doakan moga mslh 55 kredit ini dpt diajukan oleh WM. Slmt Hari Raya Aidiladha wahai WM.
Kata pegawai program, jumlah kredit tu terlalu banyak. takut cikgu tk mampu. Masalah ini tidak boleh diselesaikan dengan tukar bidang. Cuba cikgu usahakan sendiri untuk merayu pihak Universiti mengurangkan jumlah kredit. Tukar Universiti boleh sajer...kalau ada bidang yang sama. Untuk penjelasan lanjut, sila telefon Puan Nik Munerahanim di 03-8884 7046.
Soalan 3
cikguBangi: Sy dpt HLP 09 dn tggal di Bangi ingin bljr di UM dn bwk kluarga tinggal di KL. Bolekah sy tuntut Elaun Keluarga dn claim pindah?
Boleh ...sekiranya jarak melebihi 25km dari tempat tinggal asal. Ada beberapa perkara lain yang perlu cikgu serahkan bersama tuntutan elaun dan perpindahan itu. Antaranya, sekiranya ada anak yang bersekolah, perlu ada surat pengesahan perpindahan dari sekolah lama dan sekolah baru. Untuk isteri yang bekerja, perlu serahkan surah pengesahan pindah dari majikan. Atau jika tidak bekerja, perlu pengesahan Ketua kampung tentang perpindahan. Selain dari itu, sila dapatkan penjelasan dari pegawai yang membuat bayaran di talian 03-8884 7007 (Cik Salmah) atau 03-8884 7018 (Cik Zainab).
Soalan 4
cikgu fairudz: slm WM. mohon mkluman berkenaan penempatan semula peserta KSPK 2009. bila kami boleh dpt kputusan penemptn semula? bhgn mana boleh kami buat semakan?
Salam, penempatan dibuat oleh bahagian lain. Bergantung kepada sekolah atau tempat cikgu bertugas atau bergantung kepada bidang cikgu. Selalunya, di Bahagian sekolah. Boleh tanya puan Awanah di talian 03-8884 7115 untuk mengetahui proses penempatan KSPK.
Labels: soalan

