MAKLUMAN PENTING

TAWARAN BIASISWA PERGURUAN IPTA MULA DIBUKA PADA 2 APRIL 2012 HINGGA 30 APRIL 2012

4/16/2010 10:27:00 AM

INGATAN BERSAMA

Kepada Guru-guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menghidap H1N1, harap dapatlah kiranya memakai topeng muka sekiranya mahu keluar berurusan.

Ini adalah untuk kebaikan bersama.

Kami ada menerima PPP yang menghidap H1N1 yang datang melapor diri untuk bertugas, tanpa memakai topeng muka. Ini boleh merisikokan petugas dan tetamu lain yang berurusan.

Garis Panduan langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. :

-Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
-Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
-Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
-Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
-Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
-Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
-Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
-Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

0 comments: