TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA DI BAWAH PROGRAM SALURAN KEDUA / UPU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA AMBILAN TAHUN 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang ingin mengikuti Program Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) di bawah Program Saluran Kedua/UPU Ambilan Tahun 2011 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda.
Sehubungan itu, PPPLD yang sedang berkhidmat dengan KPM boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada BT untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi kemasukan tahun 2011. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai tatacara permohonan seperti berikut :
i) Tatacara Permohonan CBSG TB Program Saluran Kedua/UPU bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Lampiran A);
ii) Syarat-syarat Permohonan CBSG TB Program Saluran Kedua/UPU bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Lampiran B);
iii) Unjuran Bidang Pengajian Program Saluran Kedua/UPU CBSG TB bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Lampiran C);
iv) Prinsip-prinsip Pemberian CBSG TB Program Saluran Kedua/UPU bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Lampiran D);
v) Urusan Perkhidmatan Semasa CBSG TB Program Saluran Kedua/UPU bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Lampiran E); dan
vi) Garis Panduan CBSG TB Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma boleh dilayari di Laman Sesawang KPM www.moe.gov.my
Pastikan permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja dikemukakan ke BT sebelum atau pada
11 Februari 2011 ke alamat seperti berikut :-
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p. : En. Irlyrizzal Shah bin Yahya)
Lawati laman web Kementerian Pelajaran Malaysia nanti untuk dapatkan lampiran seperti dinyatakan.
Maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dikongsi.
SELAMAT DATANG
MUKA DEPAN / TERKINI
Tentang saya /Disclaimer:
Saya bukan kakitangan di Bah. Tajaan ini lagi. Cuma akan terus beri maklumat terkini terutama mengenai cuti belajar yang saya panjangkan dari laman web KPM. Saya tidak akan bertanggungjawab atas info yang saya perolehi dari KPM ini.
MOHON TUKAR GURU ONLINE
Tentang saya /Disclaimer:
Saya bukan kakitangan di Bah. Tajaan ini lagi. Cuma akan terus beri maklumat terkini terutama mengenai cuti belajar yang saya panjangkan dari laman web KPM. Saya tidak akan bertanggungjawab atas info yang saya perolehi dari KPM ini.
Sila hubungi pihak yang berkaitan untuk sebarang pertanyaan.
NO. TEL. KAUNTER BAHAGIAN TAJAAN DI CYBERJAYA :
03-83217100
No Faks:
03-83217101
- WM
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)
(UNTUK PERMOHONAN GURU KPLI DLL)
STATUS TAWARAN CUTI BELAJAR
DIREKTORI TELEFON KPM
MOHON TUKAR GURU ONLINE
TAWARAN BIASISWA TERKINI UNTUK GURU / BAKAL GURU
Blog Archive
BORANG-BORANG CUTI BELAJAR/MAKLUMAT CUTI BELAJAR
- # Borang Permohonan Pelanjutan- Baru
- # Borang Permohonan Cuti Belajar-Baru
- # Senarai IPTS Malaysia
- # Senarai IPTA Malaysia
- # Tiket Kapal terbang
- # BORANG PENILAIAN PRESTASI
- # Garis Panduan CutiBelajar Separuh Gaji (CBSG) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
- Borang Laporan Prestasi (salinan dari web KPM)
- # Perlukah dapatkan tempat d Universiti sblm mohon HLP?
- # Peta Parcel E
- # Pekeliling Implikasi Cuti Belajar
1/18/2011 08:48:00 AM
Labels: cuti belajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment