MAKLUMAN PENTING

SALAM MAULIDURRASUL ..MARILAH PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

8/17/2011 10:16:00 AM

Permohonan Online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2012

Permohonan Online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2012

Permohonan Online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2012 telah dibuka.



Keterangan lanjut berhubung permohonan, syarat-syarat dan tatacara permohonan klik di sini.



PENGENALAN


PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)

PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA

SESI 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.

Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.



Bagi Program HLP(IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPG) sahaja yang layak memohon. Pegawai yang berkhidmat di IPG tidak layak untuk memohon HLP(Am).


Selanjutnya sila baca di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di sini.

Borang Permohonan Online di sini    .  HARAP BACA SYARAT-SYARAT DAN LAIN-LAIN PERKARA DI LAMAN WEB YANG BERKENAAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG ONLINE INI. 

Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Tajaan, KPM.

Tambahan:
Seandainya tidak dapat membuka laman web KPM, blh baca di sini untuk syarat-syaratnya.



SYARAT PERMOHONAN



TAWARAN PROGRAM HADIAH PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT
KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2012

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pelajaran Malaysia(KPPM).


1. SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

2. SYARAT KHUSUS

i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2012;
iii) Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008);
iv) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
v) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008,2009,2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan.
(Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar).
vi) Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii) Memiliki syarat kelayakan akademik berikut:


viii) Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat sarjana;
ix) Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
x) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
xi) Telah mengisytiharkan harta;
xii) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain; dan
xiii) Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu HLP (AM) dan HLP (IPG). Bagi Program HLP (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon.

3. SYARAT TAMBAHAN

i) Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
ii) Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN 3. Kertas Cadangan ini perlu dikemukan bersama-sama dengan dokumen permohonan online;
iii) Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
iv) Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;

v) Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
vi) Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana;
vii) Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama. Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB (sekiranya perlu);

viii) Pegawai yang telah ditawarkan CBBP TB tahun 2011 tidak layak memohon.

SYARAT PERMOHONAN

TAWARAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI
PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2012


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pelajaran Malaysia(KPPM).

1. SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

2. SYARAT KHUSUS

i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak melebihi 46 tahun bagi permohonan peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun bagi permohonan peringkat Kedoktoran pada 1 Januari 2012;
iii) Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008);
iv) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
v) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008,2009,2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan.

(Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar).
vi) Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii) Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu CBBP TB (AM) dan CBBP TB (IPG). Bagi Program HLP (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon.

3. SYARAT TAMBAHAN

i) Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;

ii) Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN 3. Kertas Cadangan ini perlu dikemukan bersama-sama dengan dokumen permohonan online;

iii) Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;

iv) Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;

v) Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;

vi) Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana; dan

vii) Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada CBBP TBatau HLP dalam tahun yang sama.

Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:


Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor


Tel: 03-83217100/7144/7145/7140/7138/7137/7136
Faks: 03-83217103

0 comments: