MAKLUMAN PENTING

SALAM MAULIDURRASUL ..MARILAH PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

3/06/2012 10:16:00 AM

TAWARAN BELAJAR CUTI BELAJAR UNTUK KUMPULAN PELAKSANA (SOKONGAN)

Diperolehi dari email Kementerian.
_____________________________________________



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Y.Bhg Datuk /Dato’ /Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya adalah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara di atas dan iklan Tawaran Permohonan Cuti Belajar Kumpulan Pelaksana Ambilan Tahun 2012 bertarikh 10 Februari 2012 adalah berkaitan.


2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan telah membuka Iklan Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Ambilan Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 10 Februari 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2012 bagi permohonan cuti belajar Kursus Pra Ijazah (Sijil dan Diploma) dan Ijazah Pertama. Manakala  bagi Kursus Pra Perkhidmatan (seperti KPLI dan DPLI) tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2012. Hebahan iklan tersebut telah mendapat banyak maklumbalas daripada Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pihak-pihak yang menguruskan permohonan tersebut. Sehubungan itu, bagi melicinkan proses permohonan Cuti Belajar Pegawai Kumpulan Pelaksana ini, berikut adalah maklumat lanjut iaitu :
                2.1          Tawaran Permohonan ini dibuka sepanjang Tahun 2012. Tarikh tutup permohonan cuti belajar bagi semua kursus adalah pada 31 Disember 2012.


2.2          Pegawai Kumpulan Pelaksana adalah merujuk kepada Pegawai Kumpulan Sokongan Gred 40 dan ke bawah yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia tidak termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

2.3          Permohonan kemasukan ke universiti hendaklah dibuat sendiri termasuk permohonan untuk mengikuti kursus Pra Perkhidmatan seperti KPLI atau DPLI. Tuan/puan boleh memohon apa-apa bidang kursus dari mana-mana universiti tetapi hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Sila rujuk laman sesawang http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ untuk maklumat lanjut.


2.4          Permohonan cuti belajar hendaklah dibuat selepas tuan/puan mendapat tawaran daripada Universiti. Surat tawaran kursus hendaklah dikemukakan bersama dengan Borang Permohonan Cuti Belajar dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

2.5          Permohonan ini adalah hanya untuk pertimbangan dan kelulusan cuti belajar sahaja. Kelulusan Cuti belajar tuan/puan adalah tertakluk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian ini. Tempoh kelulusan cuti belajar adalah tertakluk kepada tempoh tawaran kursus atau mana-mana tempoh yang dipersetujui.


2.6          Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mempunyai sebarang tajaan atau pembiayaan kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana untuk mengikuti kursus. Sehubungan itu, tuan/puan boleh memohon Pinjaman Pelajaran daripada JPA apabila permohonan Pinjaman Pelajaran tersebut dibuka. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang JPA.

 2.7          Kemudahan cuti belajar bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana adalah untuk mengikuti kursus di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama atau kursus KPLI/DPLI sahaja. Tiada kemudahan cuti belajar untuk mengikuti kursus di peringkat Sarjana atau Kedoktoran.

 2.8          Tuan/puan adalah dibenarkan meninggalkan tempat bertugas setelah mendapat Surat Kelulusan Cuti Belajar.

 3.            Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai iklan tawaran tersebut.

Sekian, terima kasih.



Postmaster

b/p: Bahagian Tajaan,KPM



Webmaster:  Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat layak cuti belajar ini, hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM, atau tinggalkan email anda di ruangan comment di sini.  Saya akan berikan attachment selanjutnya.

12 comments:

SITI KAMARINA said...

SAYA TAK DAPAT DOWNLOAD BORANG CUTI BELAJAR KUMUPULAN PELAKSANA...

Anonymous said...

salam, saya adalah kumpulan pelaksana berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tajaan pembiayaan sambung belajar.
Email saya salizanasser@yahoo.com

Sekian, Terima kasih

lupekanje said...

Siti Kamarina, berikan email anda untuk saya kirimkan attachment berkaitan. Atau boleh hubungi pegawai Bahagian tajaan berkaitan ;

Pn Zalina binti Morad
Tel : 03 – 8321 7143
E-mel : zalina.morad@moe.gov.my


Pn. Norliza binti Sulaiman
Tel : 03 – 8321 7142
E-mel : norliza.sulaiman@moe.gov.my

Emylea said...

saya berminat menegetahui maklumat lanjut ttg syarat-syarat cuti belajar ini.. rienazalea@yahoo.com

Anonymous said...

Di manakah sy harus download borang cuti belajar bagi kumpulan pelaksana.Sy juga ingin mendapatkan maklumat lanjut bagi permohonan cuti belajar tersebut. TQ

lupekanje said...

harap berikan email anda untuk saya hantarkan borang dan maklumat lanjut itu.

Anonymous said...

Di manakah sy harus download borang cuti belajar bagi kumpulan pelaksana.Sy juga ingin mendapatkan maklumat lanjut bagi permohonan cuti belajar tersebut. dan syarat2nye fadilahd@yahoo.com tq

lupekanje said...

Cik/Puan Fadillah, saya telah emailkn maklumat lanjut ke email fadilahd@yahoo.com . Maklumkan saya jika tidak menerimanya.

siti kamarina said...

thairavvv@yahoo.com.my

Anonymous said...

mohon diemailkan kepada saya info ini berserta borang...
-berknaan kursus yg spenuh masa adakah kami aks boleh memohon...??
hishamstuff@gmail.com

lirzrahs owezs n 4ever said...

SALAM... UNTUK TAHUN 2013 BELUM ADA KA?

lupekanje said...

belum ada lagi. Yang ada baru2 ni hanya untuk kumpulan profesional.