MAKLUMAN PENTING

SALAM MAULIDURRASUL ..MARILAH PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

6/19/2012 08:08:00 AM

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam selaras dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 yang lalu.
Program Yuran Pengajian ini hanya ditawarkan pada tahun 2012. Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.
Nota : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
(c) Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2012;
(d) Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada (3) tahun;
(e) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
(f) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2012;
(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 peratus bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
(h) Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;
(i) Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;
(j) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
(k) Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;
(l) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
(m) Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan
(n) Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.
TAWARAN
Iklan tawaran akan dibuka mulai Julai 2012 sehingga Ogos 2012. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my.

SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA
KEPADA PENJAWAT AWAM

1. Universiti Malaya
2. Unversiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Sekian,terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

Seperti yang diiklankan di laman Kementerian pelajaran di http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2751

10 comments:

Anonymous said...

xde pon open utk permohonan..saya da tunggu lama ni...

abu tolhah said...

Today is 16 July. i hv bn waiting for the ads to be open for application but to no avail???

Anonymous said...

setuju. saya pun ternanti2 tajaan ini. harap pihak berkenaan ambil perhatian. terima kasih

Anonymous said...

Maaf ye, sama belum lagi di open

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
lupekanje said...

Sabar ye. Tawaran ini masih belum lagi dikeluarkan nampaknya..sentiasa ikuti perkembangan dan pengumuman di laman web KPM ataupun bertanya dgn pihak Bahagian Tajaan Pendidikan sendiri..

Anonymous said...

Bila ye tawaran ini akan dibuka?

ziana said...

Adakah tawaran ini masih dibuka?

lupekanje said...

Banyak komen yang diterima tentang program ini. Saya pun tetunggu2 jugak nak mohon ni. Meh la kita sesama bersabar ye. Bukan senang nak senang... :) ... ada angin2 kata mgkin bulan Oktober pulak..so, kita tunggu aje. Saya difahamkan kelewatan adalah dari pihak JPA yg sdg merangka/menetapkan apa yang patut untuk program ini. Jadi, KPM tk blh nak buat apa. Kita tungguuuuuu..

Anonymous said...

tq, layanan baik bila dihubungi. harap diluluskan