MAKLUMAN PENTING

SALAM MAULIDURRASUL ..MARILAH PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

11/21/2012 02:03:00 PM

PERMOHONAN UNTUK KURSUS NPQEL ANJURAN IAB KPM 2013

Permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM 2013

Permohonan Bagi Mengikuti PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) tahun 2013 anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak. Maklumat Lanjut (Di laman web IAB)


Seperti yang diiklankan di laman web KPM

11/20/2012 11:21:00 AM

MAKLUMAN PENGISIAN BORANG PENILAIAN PRESTASI 2012 BAGI PPP YANG DILULUSKAN CUTI BELAJAR DAN MENGISI JAWATAN LATIHAN BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN KPM

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang diluluskan cuti belajar dan mengisi Jawatan Latihan KPM dikehendaki mengisi Borang Penilaian Prestasi (P.S.D Form 6/93) Tahun 2012 dan Borang Maklumat Diri PPP Cuti belajar. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke BT sebelum atau pada 15 Januari 2013.

Sila rujuk Surat Edaran dan dokumen yang berkaitan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
 
 
Seperti yang diumumkan dalam laman web KPM di sini.
 
Untuk mendapatkan borang Klik di sini 
Untuk koleksi borang yang boleh dimuat turun Klik di sini.

11/16/2012 09:14:00 AM

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dan Anggota Kumpulan Sokongan Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tahun 2012 kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 8 November hingga 23 November 2012.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03-8321 7100/ 7139/ 7141/ 7151 pada waktu pejabat.
Harap Maklum.